Ahad, 30 Oktober 2016

Percutian ke Melbourne (3)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Percutian ke Melbourne (2)

Waktu Subuh masuk awal (sbl 5 am) dan habis awal jugak (dalam 6.15 am) pada waktu kejadian. Saya dan Suriati mulakan duty sebagai mak-mak... menggoreng bihun 2 bungkus untuk sarapan dan jugak masak sardin untuk bekalan dalam perjalanan. 

Sementara kami prepare makanan, abg aji dah keluar meninjau kawasan persekitaran. Hati ni pun dah tak sabar2 nak menjenguk ke luar jugak... menikmati keindahan sekeling Blue Wren Haven. Bila bukak tingkap pagi2... Wahhhhhh... Udara segar yang sejuk dan nyaman menyelinap masuk ke ruang bilik.

Bunga mawar berketul2 menarik perhatian
Muka depan homestay
Abg aji ambik gambar ni pepagi... tu yang nampak agak kelam

Jom saya bawak tour kawasan di sekeliling homestay ni. Mintak maaf sebab kualiti gambar berbeza2 sebab ada yang captured by Samsung S6 edge plus saya dan ada yang captured by DSLR. Kalau gambar terang bersinar tu, maknanya dari DSLR le.... Mostly gambar yang saya blog kan, adalah gambar S6 saya.

Sangat besar rumah ni
Saya rasa bersambung dengan rumah tuan rumah...
Omeiiiii
Tak cantik tulisan dia... hehehe
Kandang kambing...
Seronoknya Sabrina....
Ada banyak pokok2 tinggi yang meredupkan kawasan
Macam dalam citer koboi lak... Boleh nikmati pemandangan berkawan2 lembu yang sedang meragut rumput segar lagi fresh
Bila saya nak ambik gambar dorang ni, berduyun2 dorang menghampiri
Pandai nak posing ea.......
Ada banyak binatang2 lain lagi... Ada arnab, burungssss.
Patutnya ada kangaroo dan koala jugak tapi tak nampak la pulak di mana
Ada kambinggsss
Bunga2an pun merata2.... omputeh sangat.. hahaha
Ada dandelion
Merasa gak la nak tiup2 dandelion... jakun jap.
Ada beribu2 (tipu) lemon jugak
Merembes air liur teringatkan jus lemonade
Kelihatan seperti aktiviti memancing boleh dilaksanakan di sini


Leka dengan semua tu.... akhirnya, keluar pukul 11 am. Ikut itinerary, hari ni sepatutnya terus menghala ke Sovereign Hill, Ballarat... 148km (1 jam 45 min) dari sini. Tapi disebabkan semalam tak habis cover GOR, maka kena la patah balik ke sana.... hehehe. 

Patah balik tu maknanya saya ikut susunan dari belakang... iaitu ke London Bridge dulu, kemudian The Arch, seterusnya ke Loch Ard Gorge dan akhirnya ke 12 Apostles. Kalau ikut rancangan asal, dari Gibson Steps semalam, terus ke 12 Apostles - Loch Ard Gorge - The Arch - London Bridge - Blue Wren Haven. 

Tapi tak pe la... semuanya adjustable mengikut masa dan keadaan. Tak perlu rushing2. Inilah sebabnya kenapa saya suka travel tanpa khidmat tour agent. Suka-suka hati kita la nak adjust lagu mana.... ikut kesesuaian kita.

On the way, terserempak dengan geng2 motor besar ni. 
Sama macam NZ... Jln rayanya one lane
Ha. Lebih kurang 30 min perjalanan, kami sampai London Bridge
Dulu2 ada `jambatan' yang menghubungkan mainland dengan `arch' tu
Tapi disebabkan erosion, jambatan tu dah runtuh pada tahun 1990
Baru la lagu `London bridge is falling down' menjadi kenyataan
Posing skettttt
View sebelah kanan pulak
Jalan ke depan sikit, jumpa The Arch pulak
The Arch
Unik, kan... semua formation2 ni...
Semuanya disebabkan hakisan angin, air dan cuaca
View sebelah kanan The Arch
View Point The Arch
On the way ke destinasi seterusnya, kami berhenti di Scenic Lookout, Port Campbell dan kelihatan lah bandar Port Campbell dan kawasan penempatannya... yang boleh dilihat dari atas...
Cantiknya `kampung' Port Campbell ni
OK. Selesai posing2 di sini, perjalanan diteruskan ke Loch Ard George pula yang terletak lebih kurang 14km dari The Arch tadi.
Subhanallah.... Cantiknya kawasan ni. Pening nak pilih gambar yang mana satu yang saya nak letak kat sini. Semua gambar cantik2. Tapi kalau lihat dengan mata sendiri, laaaaaggggiii la sangat2 cantik... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar! 
Kalau ada banyak masa, boleh peruntukkan 2-3 jam untuk explore keseluruhan kawasan ni. Loch Ard Gorge dinamakan sempena kapal yang karam di sini pada tahun 1878. Hanya 2 daripada 54 anak kapal yang selamat.
Keseluruhan kawasan untuk diteroka
Tapi saya tak pergi semuanya.... kang tak sempat nak pegi tempat lain pulak
View dari atas
Lihatlah dari sudut manapun... semuanya memukau pandangan
Kena turun bawah untuk view yang berbeza
Turun tangga memang tak penat... Naik pun tak penat
So apa yang penatnya?
Nanti saya cerita
Bila sampai bawah... Ya Allah... cantik sangat
Ngeri pun ada... kot2 la batu ni runtuh ke... agagagaga
Atau tiba2 ada gelombang besar ke 
Hahaha.. tak de la... acah je
Sangat cantik di sini, tak terpikir pun pasal benda2 buruk
Riang ria je kami posing memosing kat sini
Walau bagaimanapun, memang kena extra careful di sini sebab arus airnya yang deras, boleh `menarik' kita ke laut sana. Ada mat salleh baik menyapa kami agar berhati2 bila bermain di gigi air.
Tengok Sabrina... suka bebenor
Haaaaa.... bab ini yang memenatkan
Tadi dah mengharungi pasir yang halus lagi lembab ni untuk ke pantai. Sekarang, kena lalu semula menuju ke tangga untuk naik ke atas. MasyaaAllah, beratnya la rasa kaki melangkah. Bukan rasa lagi, memang berat pun sebab kasut dah melekat dengan pasir2 tu semua. Habis kotor. Kotor jugalah kereta sewa ni nanti....
Singgah dulu bergambar kat batu kapur ni sebelum panjat tangga
Rasa lenguh kaki hilang, bila dah sampai di atas... bila disajikan semula dengan keindahan bumi Allah ni. Ya Allah, indah sungguh bumiMu... Tinggi harapan hambaMu ini untuk dimasukkan ke syurga tanpa dihisab.. bersama keluarga, sahabat2 dan guru-guru kami. 

Amiin...

Perjalanan diteruskan menuju ke 12 Apostles pula. 12 Apostles ni bersebelahan dengan Gibson Steps yang kami pergi semalam. Di sinilah kemuncaknya. Kalau ke sini, seolah2 tak complete lawatan ke GOR. 
Allahuakhbar cantiknya.... tak putus2 memuji kebesaran Ilahi dalam hati, syukur sangat sebab direzekikan untuk ke sini bersama keluarga.
Cantik macam dalam poskad

Jujukan batu2 ini terbentuk akibat hakisan dan keadaan cuaca yang extreme, secara beransur-ansur menghakis batu kapur lembut dan membentuk tebing2 beserta binaan2 batu. Dulu2 ada 12, tapi sekarang ni tinggal tak sampai 10 pun. Saya kira ada 8. Eh ye ke? 

Berkabus sebab percikan air laut memenuhi ruang udara
Angin punyalah kuat... sampai rasa nak tercampak pun ada. Menggigil2 tubuh badan menahan kesejukan tapi masih bertahan menikmati keindahan alam.... Nak tengok lagi dan lagi. Kasut yang tadinya kotor diselaputi pasir di Loch Ard Gorge, kini jadi bersih sebersihnya sebab pasir-pasir halur tersebut telah diterbangkan oleh angin yang sungguh kuat ni.
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Al Hadid, ayat 1)
Pemandangan di sebelah kiri pula
Kakak tak tahan nak bergambar dgn `baby alive' ni
Dalam sejam lebih kami berada di sini, then kami meneruskan perjalanan untuk ke Ballarat... perlu melalui semua Scenic Lookout tadi dan akhirnya kami tiba di Port Campbell, (kekononnya `kampung' la). Ada banyak restoran dan kafe di sini. Kalau tadi, kami melihat Port Campbell ni dari atas sana (dari Scenic Lookout Point), kini kami berada di bawah pula...
Banyak seagull di sini
Ada tempat duduk... boleh la bukak bekal
Tak jadi la nak bukak bekal sebabbbbbb
nampak restoran fish n chips di sini
Tadaaaaaaaaaa
Sedapnya makan panas2 dalam cuaca sejuk
Persekitaran Port Campbell
Alhamdulillah... kenyang sudah. So... boleh teruskan perjalanan. Sebenarnya, ikut plan asal, kami terus ke sini selepas check out dari Blue Wren Haven tadi. Tapi plan dah berubah. So, memang tak sempat nak masuk Sovereign Hill pada waktu siang. 

Sovereign Hill ni, dibuat seperti kawasan perkampungan koboi yang aktiviti utamanya adalah melombong emas. Nak masuk kawasan ni percuma je. Kalau nak naik ride atau aktiviti2 lain, kena bayarlah.

Saya tengok kat internet, tempat ni cantik. Tu yang saya nak pergi jugak. Walaupun saya tau tak sempat, kami teruskan juga hajat ke sana. Alang-alang dah sampai kan, kita tengok2 lah tempat orang... Masa, sendiri yang arrange.   
Comelnyaaaaa
Melalui ladang gandum yang saujana mata memandang
Melalui kawasan2 perumahan
Okkeh dah nampak sign board
Dah sampai dan memang dah tutup....

Alhamdulillah ada peluang untuk masuk gak... iaitu dengan membeli tiket untuk sound n light show. Waktu malam tak nampak sangat suasana kat dalam ni macam mana. Apa-apapun, alhamdulillah dapat jugak masuk dalam walaupun berbayar. Show bermula jam 8.15pm.
Lepas beli tiket, kami mencari masjid di Ballarat ni. Alhamdulillah jumpa tempat solat yang selesa, Masjid Abu Bakr As-Siddiq. Jamak dan qasar solat di sini.
Ruang solat wanita.
Lepas solat, bukak bekalan di Lake Esmond.
Hari macam nak hujan pulak
Bentang tikar haji sebab tempat duduk agak lembab.
Merata dah saya bawa tikar haji ni berjalan. Banyak jasanya.
Tapi akhirnya makan dalam kereta jugak sebab hujan dah turun...
Hehe... ini semua pengalaman manis
Dah kenyang... kembali semula ke sini.
Show bermula dari dalam dewan.
Masa show tak dibenarkan mengambil gambar.
Dari dalam dewan, membawa ke luar
Sejukkkkkknya la haiiiiiiiii...... menggigil2
Oh ye, kami dapat juga naik coach ridesnya, cuma nampak gelap je la
Selesai show kat luar, sambung kat dalam balik
Tapi kawasan ni tak bertutup sepenuhnya.... angin sejuk bertiup menerobos baju yang tak berapa nak tebal ni....
Tak recommend la masuk sini waktu malam sebab bagi saya shownya tak berapa best, macam boring tak nampak apa2... hanya nampak cahaya api dan lampu dengan bunyi2an suara dan bom bagai. Ye la kan... dah namanya sound n light show... hahahahah. Satu lagi tak berapa nak paham cerita dia sebab slang pekat sungguh. Yang buat lagi tak nak paham sebab cerita pasal sejarah.... hahahaha.... Kalau minat subjek sejarah, mesti enjoy dengan show ni... agaknya la.

On the way balik, singgah pasaraya K Mart sebab kasut kakak dah tamat riwayatnya. 
Self service payment kiosk.
Bersambung di Percutian ke Melbourne (4)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan