Jumaat, 29 April 2016

Percutian ke New Zealand (1)

Assalamualaikum...


Hari yang ditunggu2 telah tiba. Abang hantar kami ke KL Sentral dan park kereta di ofisnya, Menara TM. Lepas tu abang naik LRT ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kami naik Skybus ke KLIA. Total cost RM49 je utk kami ber5. Hehehe... murah. Bas pun kosong. Kalau sewa kereta ke KLIA je dah dekat RM200 skali jalan.


Sky bus yang kosong.... selesa sangat.
Kosong - sebab bukan waktu peak hour.

Flight jam 11.55pm, 28 April 2016. Journey time tengah malam, so kami tak order meal sebab dah memang waktu tidur.
Lebih kurang 8 jam dalam flight, kami sampai di Gold Coast.
Transit di GC dalam 1 jam 15 minit.

Kat sini, kena lalu kastam lagi... scan lagi. Masa beratur tu, tak payahlah nak pandang2 sangat kat orang kastam tu. Kalau bernasib baik, badan dan luggage kita akan dipilih untuk dicheck dengan lebih thorough lagi. Memanglah kita tak bawak benda yang bukan2 kan... tapi nanti degupan jantung akan jadi lebih kencang sebab nervous.... hahahahah
Ok, nak berlepas ke Auckland
Yang transit, lane kanan.... yang naik dari Gold Coast lane sebelah kiri. 

Ok, naik semula... dan duduk di tempat yang sama.

Seperti biasa, makanan favourite saya adalah nasi lemak Pak Nasser. Siapa la Pak Nasser ni gamaknya, ye. Bukan Nasir Wahab kan, sebab ejaannya lain. Hehehe. Kali ni kena la order kan.... sebab dah memang waktu breakfast. Beza waktu GC dengan Malaysia adalah 2 jam. Beza waktu NZ dan Malaysia adalah 4 jam. Maka, berapakah perbezaan waktu di antara di antara GC dan NZ? Hahahahaha....

Lebih kurang 3 jam dalam flight, sampai la ke Auckland. 
Waktu NZ pukul 4.30pm.
Nak pi ambik luggage ni.
Singgah beli sim card dulu. Beli kat airport murah sikit sebab tak de tax. Awal2 dah cakap dengan anak2... internet ni ayah je yang guna sebab nak pakai waze. Kalau anak2 nak internet, sila guna hotel punya.

Ni pakejnya. 
Kami pun call la JUCY. Shuttle JUCY datang ambik. Sexy sungguh. 
Free shuttle ke branch JUCY, dekat je dengan airport.
Masa ni dah pukul 5.30pm. Hari dah gelap.


Kawasan parking Jucy yang luas
Semak semua condition dan sign.

Ini kereta yang kami sewa - Nissan Travella.
Kosnya adalah NZD167.28 



Rental Rate and Fees
April 2016 2 days @ $60.00 (per day)           : $120.00
1. StressFree
Cover (no excess / no bond), Daily at $17.00 : $34.00
Credit card fee, Fixed at $3.28                     : $3.28
Premium Location Fee, Fixed at $10.00          : $10.00
Total Cost                                                 : $167.28
(All Prices GST Inclusive)
Dari airport terus ke Pak N Save Manukau, nak beli bahan mentah dan barang keperluan untuk memasak. 

Kalau jenama Brinks, memang disahkan halal oleh Fianz - The Federation of Islamic Associations of New Zealand.





Sedikit mengenai hotel yang kami stay di Auckland - Kiwi Intl Hotel ni betul2 dekat town, beralamat di 411 Queen Street. Ha…. Queen Street ni memang tengah2 Auckland City, dan tempat tumpuan pelancong sebab di sinilah tempat shopping2 dan makan2. Dekat dengan segala kemudahan. Tapi, kami tak sempat pun nak jalan2 masa ni sebab esoknya, pagi2 lagi dah keluar ke destinasi yg dirancang. 



Sampai hotel. Kami menginap di Kiwi International Hotel. 
Sepanjang di NZ, kami book semua hotel / motel yang ada kitchen.
Rate: NZD390 for 3D2N for 5 pax






Hidangan pertama untuk malam itu... Alhamdulillah

Bersambung di Percutian ke New Zealand (2)...


19 ulasan:

  1. Salam. Nak tanya...prepaid card mana sesuai utk perjalanan 12 hari (mostly kat south new zealand)?

    Saya guna samsung note 4. Boleh guna prepaid new zealand kan?

    BalasPadam
  2. Salam. Nak tanya...prepaid card mana sesuai utk perjalanan 12 hari (mostly kat south new zealand)?

    Saya guna samsung note 4. Boleh guna prepaid new zealand kan?

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam. Kami beli simcard Vodafone guna pakej seperti dalam gambar di atas. Simcard nya ada berbagai size, boleh fit kat mana2 phone, insyaaAllah.

    BalasPadam
  4. Nk tanya hotel tu 5 org 1 room ker...sebb sy pun nnti 5 org jgk..

    BalasPadam
  5. Farnaryn, kami menginap di motel/apartment 2 bilik yang boleh accomodate utk 5 pax sepanjang kami berada di NZ. Kami pun ber5.

    BalasPadam
  6. Salam..nk tanya..utk transit ke austrlia tu kena dptkn visa atau mcm mana..btw..thank u so much sbb bg info mcm ni..sangat membantu.. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu visa... sebab tak keluar airport pun. Tempoh transit pun dalam sejam je...

      Padam
    2. Thanks for sharing experienced and it's very useful for me. Nak confirm tentang australia visa untuk transit...ada kata perlu dan ada kata tidak perlu. Transit hanya 1 jam 55 mt dan flight yang sama...

      Padam
    3. memang tak perlu aussie visa utk transit ke NZ...

      Padam
  7. Salam
    Nak tanya perlu ke buat visa (australia) yang transit kat gold coast hanya 1 jam tu..

    BalasPadam
  8. ooo.. ok kat atas dah ada jawapan. April ini kami akan ke aukland..new zealand. Anyway Tq

    BalasPadam
  9. Salam nak tanya, masa transit di Gold Coast 1jam 15m tu x perlukan visa Aussie kan?

    BalasPadam
  10. Assalammua'laikum. tumpang tanya makcik. klu hotel2 atau motel2 di sana diorang check tak kita masuk 1 rumah tu berapa org ?? contoh orgnya ada dlm 9 dewasa. tp terbook utk 7 dewasa punya tmpt. kena byr tmbh di sana ke ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.... hmm better not. Pilihan lain, mungkin boleh add another room

      Padam
  11. Assalammualaikum, boleh tak bagi tips macam mana nak buat itenarary perjalanan tu dan dlm masa yg sama nak pilih tempat penginapan yg ada dlm perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi tu? Bkn apa..risau nanti masa jadi tak ngam dgn itenarary yg dh dibuat. Terima kasih.

    Emel:- alonajalil@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam... kena rajin buat survey, baca review dan yg paling penting berjinak2 dengan google maps. Thru google maps, boleh anggar jarak perjalanan, eta dan boleh juga tgk penginapan2 di sepanjang laluan.

      Padam
    2. lagi satu..tempoh sewa kereta tu kira camne? 5.30ptg ke 5.30 petang esok dikira sehari ke..atau 5.30ptg-11.59mlm dah dikira sehari?

      Padam
  12. Salam nak tanya kalau kita add on luggage. eg from kl - gold coast. dh beli 20 kg luggage. kalau transit from gold coast - Auckland kena beli jgk ke? ke sekali bayar je? tq

    BalasPadam